Pages

Thursday, July 7, 2011

Penyakit Stroke

Penyakit stroke atau angin ahmar adalah gangguan fungsi neuron yang berlaku disebabkan oleh kegagalan bekalan darah dan oksigen ke bahagian otak. kekurangan aliran darah dan oksigen menyebabkan satu tindakbalas biokimia yang boleh merosakkan atau membunuh sel-sel saraf di dalam otak, menyebabkan lumpuh anggota badan, kemerosotan pada pertuturan dan tidak sedarkan diri.

Dalam era moden ini penyakit stroke tidak lagi mengenal faktor umur. Ini berlaku kerana perubahan gaya hidup terutamahya kurang peka terhadap pemakanan yang seimbang. Kolestrol adalah salah satu penyumbang kepada penyakit strok. Makanan dengan kandungan kolesterol yang tinggi boleh mengumpul lemak di dalam saluran darah utama ke otak yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sehingga boleh menyebabkan bekalan darah dan oksigen berkurangan.

Untuk pengetahuan semua, strok boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu stroke iskemik dan stroke hemorragik. Strok iskemik berlalu bila aliran darah ke otak terhenti terhalang kerana terdapat pengumpulan kolestrol pada dinding pembuluh darah atau terdapat darah beku dalam pembuluh darah.. Hampir 83% pesakit mengalami stroke jenis ini. Penyakit stroke hemorragik pula terjadi bila pembuluh darah pecah boleh menyebabkan aliran darah akan meneyerap memasuk ke otak hingga menyebabkan otak rosak. Hampir 70 % strok jenis ini berlaku kepada orang yang mengidap penyakit darah tinggi.


0 comments:

Post a Comment