Pages

Wednesday, July 20, 2011

Khasiat emas putih untuk kulit

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Sabun pembersih wajah yang mengandungi estrak emas putih.

Masalah jerawat, kulit sensitif, kering dan kusam. Tentu sahaja kita menjadi takut mendengarnya.

Bagi wanita yang mementingkan penampilan cantik, antara masalah yang paling ingin dijauhi ialah jerawat .

Sedarkah kita, sekiranya kita gagal mengawal keseimbangan hormon seks dengan sempurna, jerawat yang menjadi perkara biasa kepada wanita, boleh menjadi penyakit kulit yang serius.

Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud ‘masa yang paling penting dalam hidup’.

Kajian telah menunjukkan pesakit atau individu yang mengalami masalah jerawat seringkali mempunyai masalah berkaitan harga diri, keyakinan terhadap diri sendiri, pergaulan sosial, kemurungan, kegusaran dan kadar tidak bekerja yang tinggi.

Justeru itu, penting bagi wanita menjaga kesihatan dengan amalan yang betul.

Bagi anda yang masih tercari-cari penawar kepada masalah kulit wajah bermasalah, Dya D’Masha mempunyai jawapannya. Berasaskan ekstrak emas putih, sabun pembersih wajah ini membersih jauh ke dalam kulit sambil mengekalkan pH kulit semula jadi.

Sambil membersihkan kulit wajah, ia mengekalkan kelembapan kulit dan memberi aura. Uniknya, sabun ini berbentuk jongkong dan tahan lebih lama.

Sesuai untuk kulit yang sensitif, ia tidak mengelupaskan kulit.

“Walaupun kesannya agak perlahan, saya berpuas hati kerana dalam dua minggu saya dapati kulit saya mula berubah. Jika dahulu jerawat kecil dan kesan sensitif ada pada wajah saya, ia semakin beransur pulih.

Saya mempunyai masalah kulit sensitif dan jerawat ruam terutama di dahi.

Kini kulit wajah saya sentiasa lembap dan semakin cerah berseri,” ujar duta Dya D’Masya, Nas Adila.

Sibuk dengan tugas sebagai artis dan menjaga pusat membasuh kereta miliknya di Shah Alam, Selangor, Nas Adila sudah lama mengharapkan produk kecantikan yang kurang bahan kimia tetapi membantu saya menjaga kulit wajah.

Tambah Nas Adila, kandungan ekstrak batu nilam yang terkandung membuatkan aura wajah semakin terserlah dalam masa beberapa minggu menggunakannya.

Koenzim Q10 & Jantung

Utusan Malaysia - 17.07.2011

Sejak beberapa tahun lalu, saya perlu mengambil ubat anti-kolesterol setiap hari demi mengawal peningkatan kolesterol. Paras gula darah saya juga telah meningkat daripada bacaan ideal. Saya membeli suplemen koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi apabila saya menceritakan tentang masalah keletihan yang saya alami di kebanyakan waktu di sepanjang hari. Apakah kepentingannya kepada masalah saya?

Jawapan: Menjaga kesihatan jantung sangat penting demi kualiti kehidupan yang lebih baik kerana peranannya yang sangat penting. Secara puratanya jantung orang dewasa berdenyut sekitar 100,000 kali sehari. Dengan itu, jantung kita layak mendapat perhatian dan penjagaan yang baik.

Dalam usaha menjaga kesihatan jantung, pendekatan yang lebih menyeluruh perlu. Ini termasuklah mengamalkan gaya hidup sihat, makan secara seimbang, senaman secara tetap, mengelakkan alkohol dan rokok serta menangani stres dengan baik. Selain itu, pengambilan nutrien sihat untuk jantung boleh juga membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung seperti aterosklerosis, strok dan serangan jantung. Membuat pemeriksaan secara berkala dan nasihat daripada doktor penting dalam memelihara kesihatan.

Sememangnya pengambilan koenzim Q10 memberi manfaat kesihatan kepada kesihatan jantung, terutamanya apabila kita mula mengalami masalah jantung atau masalah berkaitan. Koenzim Q10 (Co Q10) merupakan nutrien yang bersifat larut lemak dan hadir dalam kebanyakan sel-sel. Co Q10 penting kepada kesihatan kardiovaskular memandangkan jantung mengandungi konsentrasi Co Q10 yang paling tinggi. Peranannya dalam aktiviti mitokondria adalah penting untuk membolehkan otot-otot jantung berfungsi secara normal.

Kajian ada menunjukkan bahawa pengambilan ubatan seperti statin untuk mengawal peningkatan kolesterol akan mengurangkan paras koenzim Q10 dalam tubuh. Kesan akibat kekurangan Co Q10 akan menyebabkan keletihan dan kelesuan otot. Apabila Co Q10 berkurangan, jantung juga boleh menjadi lemah dan ia boleh menjurus kepada kegagalan jantung kongestif.

Kegagalan jantung dikenal pasti dengan kekurangan tenaga yang dikaitkan dengan paras koenzim Q10 yang rendah. Para penyelidik mendapati masalah kegagalan jantung kongestif mempunyai kaitan yang kuat dengan kandungan koenzim Q10 yang rendah. Dengan itu, pengambilan Co Q10 boleh membantu mengekalkan parasnya dalam tubuh, khususnya jantung.

Selain itu, hasil penyelidikan juga mendapati penggunaan CoQ10 sebagai remedi tambahan bagi kegagalan jantung kongestif mengurangkan tahap simptom pesakit secara signifikan. Di Jepun, CoQ10 adalah rawatan yang diluluskan untuk kegagalan jantung kongestif. CoQ10 juga memberi kesan yang memberangsangkan dengan meningkatkan toleransi senaman di kalangan pesakit dengan angina yang stabil, di mana ia mungkin disebabkan oleh penghasilan tenaga dipertingkatkan atau pengurangan penghasilan radikal bebas. CoQ10 juga dapat memulihkan tekanan darah pada pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi.

Pengambilan koenzim Q10 secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan jantung melalui beberapa cara. Koenzim Q10 telah dikenali ramai kerana tindakan antioksidanya. Kandungan antioksida inilah juga yang menyumbang kepada pencegahan pengoksidaan lipid. Koenzim didapati berkesan ke arah pencegahan pengoksidaan kolesterol LDL, iaitu langkah pencegahan penting sebelum terjadinya aterosklerosis.

Thursday, July 7, 2011

10 Jenis Makanan Kurangkan Kolestrol

Anda takut kolestol anda tinggi? Di sini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Jadi , bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

Penyakit Stroke

Penyakit stroke atau angin ahmar adalah gangguan fungsi neuron yang berlaku disebabkan oleh kegagalan bekalan darah dan oksigen ke bahagian otak. kekurangan aliran darah dan oksigen menyebabkan satu tindakbalas biokimia yang boleh merosakkan atau membunuh sel-sel saraf di dalam otak, menyebabkan lumpuh anggota badan, kemerosotan pada pertuturan dan tidak sedarkan diri.

Dalam era moden ini penyakit stroke tidak lagi mengenal faktor umur. Ini berlaku kerana perubahan gaya hidup terutamahya kurang peka terhadap pemakanan yang seimbang. Kolestrol adalah salah satu penyumbang kepada penyakit strok. Makanan dengan kandungan kolesterol yang tinggi boleh mengumpul lemak di dalam saluran darah utama ke otak yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sehingga boleh menyebabkan bekalan darah dan oksigen berkurangan.

Untuk pengetahuan semua, strok boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu stroke iskemik dan stroke hemorragik. Strok iskemik berlalu bila aliran darah ke otak terhenti terhalang kerana terdapat pengumpulan kolestrol pada dinding pembuluh darah atau terdapat darah beku dalam pembuluh darah.. Hampir 83% pesakit mengalami stroke jenis ini. Penyakit stroke hemorragik pula terjadi bila pembuluh darah pecah boleh menyebabkan aliran darah akan meneyerap memasuk ke otak hingga menyebabkan otak rosak. Hampir 70 % strok jenis ini berlaku kepada orang yang mengidap penyakit darah tinggi.


Tuesday, July 5, 2011

Makanan Yang Baik Untuk Jantung

Assalamualikum dan salam sejahtera kawan-kawan, hari ni saya ceritakan pula tentang makanan yang baik untuk jantung. Makanan yang baik untuk jantung adakah makanan yang mengandungi OMEGA 3 Terdapat 10 jenis makanan yang baik untuk jantung iaitu:

MAKANAN BEROAT
Apakata mula hari ni you all mulakan sarapan dengan semangkuk oat panas. Makanan ini mengandung asid lemak omega3, folat dan kalsium. Ia juga kaya dengan serat yang boleh menurunkan kolestrol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak didinding arteri.

KEKACANG
Kekacang yang dimaksud disini ialah seperti walnut dan almond.

IKAN SALMON
Ikan salmon sebenarnya kaya dengan asid lemak omega 3 yang mampu menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah 2 keping Ikan salmon seminggu kerana mampu mengurangkan 33 % risiko meninggal akibat serangan jantung.

MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun juga kaya dengan lemak tunggal tidak tepu. Minyak zaitun sangat baik untuk jantung

AVOCADO
Makanlah banyak buah avocado kerana ia mampu menambah lemak sihat kedalam diet anda. Buah ini juga mengandungi lemak tunggal yang tidak tepu yang mampu menurunkan kadar kolestrol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolestrol baik HDL dalam tubuh kita. Selain itu ia juga mampu menyerap karotenoid lain terutamanya betakaroten dan lycopece yangsangat berguna untuk kesihatan jantung

BERRIES.
Terdapat beberapa jenis berries. Antara yang di syorkan ialah blueberries, raspberries dan strawberries. Berries ini sebenarnya kaya dengan anti radangan yang boleh mengurnagkan kadr serangan penyakin jantung dan kanser

KACANG PEAS
Tambahlah kacang peas seperti kcang merah dan kacang hitam dalam menu harain anda

BAYAN
Bayam satu lagi makanan yang amat baik untuk jantung. Ia kaya dengan lutein, folat, kalium dan serat yang mampu menyihatkan jantung anda

BIJI RAMI
Biji rami sebenarnya kaya juga dengan serat dan omega 6. Pengambilan biji rami biasanya dicampur dengan oatmeal

KACANG SOYA
Kacang soya mampu menurunkan kadar kolestrol. Sekirannya anda mempunya kadar kolestrol yang tinggi banyaklah mimum air kacang soya

Penyakit Jantung

Seseorang individu boleh mmengalami 2 jenis penyakit jantung iaitu penyakit jantung kongenital dan penyekit jantung bukan congenital.


Penyakit Jantung Kongenital
Penyakit jantung jenis ini berlaku sejak dalam kandungan lagi seperti jantung berlubang dan injap jantung

Penyakit Jantung Bukan Kongenital
Penyakit jenis ini berlaku akibat dari jangkitan atau cara hidup yang tidak sihat seperti penyakit jantung koronori.

Serangan Jantung
Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot-otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah telah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali. Ini boleh terjadi aoabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah. Lama-kelamaan ia akan kenyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung. Jika pembuluh darah tersebut sepenuhnya, boleh menyebabkan serangan jantung